Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Punca-punca Keracunan Makanan

PUNCA -PUNCA KERACUNAN MAKANAN    Sejak kebelakangan ini jumlah keracunan makanan semakin meningkat secara drastik. Keracunan makanan bermaksud, termakan makanan yang mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yang menyebabkan penyakit.    Antara punca keracunan makanan ialah makanan tidak dimasak dengan sempurna atau mentah. Kebanyakannya di gerai yang menjual makanan secara besar-besaran menginginkan makanan dimasak dan dijual dengan segera tanpa melihat makanan tersebut sudah betul-betul masak atau belum. Contohnya sushi. Kesannya, pelanggan yang membeli makanan tersebut akan memakan makanan yang masih belum sempurna masaknya . Ini jelaslah, punca keracunan makanan disebabkan oleh makanan tidak dimasak dengan sempurna.   Selain itu, penyedia makanan tidak menjaga kebersihan ketika proses menyediakan makanan. Contohnya,pen...